Empat lagi individu yang juga pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kejadian melontar mercun ke arah anggota polis di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Khamis lalu.<br />Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, empat suspek berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri berkenaan bermula jam 10 malam hingga 3 pagi Sabtu.
